Saturday, March 7, 2009

SU politik menteri Umno ditahan SPRM

SU politik menteri Umno ditahan SPRM
Mar 6, 09 12:08pm

Setiausaha politik seorang menteri Umno telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, kerana disyaki terbabit dalam rasuah melibatkan RM70,000.

Dia dibebaskan awal pagi semalam.Difahamkan, menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemlihan parti itu hujung bulan ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada penahanan setiausaha politik tersebut ada kaitan dengan kempen pemilihan Umno.

Perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti itu, akan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini. Sebelum ini, beberapa kes yang membabit dakwaan pemberian rasuah telah dibawa ke mahkamah.

Pada 22 Januari lalu, seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka atas tuduhan memberi rasuah RM200 kepada seorang wanita semasa pemilihan ketua Umno bahagian Alor Gajah pada 1 November lepas.

Pada tarikh yang sama juga, seorang penolong kanan sekolah rendah di Raub, Pahang turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memberi rasuah dalam bentuk wang semasa pemilihan Umno Raub.

Manakala di Ipoh pula, seorang naib ketua Umno bahagian Beruas tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen pada 22 Januari lalu atas tuduhan memberi rasuah wang tunai berjumlah RM300 kepada seorang anggota parti itu pada pemilihan Umno bahagian Oktober lepas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Norza Zakarian juga turut disoalsiasat oleh SPRM selama lebih lapan jam Januari lalu.

Berikutan itu, seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian Maran telah membuat laporan polis, mendaka bahawa dia dipaksa oleh SPRM untuk membabitkan Norza dengan amalan.

Sunday, February 22, 2009

REBUT TAIK TAHUNAN 2009

Berikut senarai calon yang sah bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi

UMNO:PENGERUSI TETAP
1. Badruddin Bin Amiruldin – Jerai2. Che Onn Bin Ismail – Kapar

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
1. Mohamad Bin Haji Aziz – Sri Gading2. Ahmad Bhari Bin Abdul Rahman – Selayang

PRESIDEN
1. Mohd Najib Tun Hj Abd Razak (Calon tunggal)

TIMBALAN PRESIDEN
1. Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin – Pagoh2. Mohd. Ali Bin Mohd. Rustam – Bukit Katil3. Muhammad Bin Haji Muhammad Taib – Kelana Jaya

NAIB PRESIDEN
1. Hishammuddin Bin Tun Hussein Onn - Sembrong2. Ahmad Zahid Bin Hamidi – Bagan Datok3. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal – Semporna4. Mohamed Khaled Bin Nordin – Pasir Gudang5. Syed Hamid Bin Tan Sri Syed Jaafar Albar – Kota Tinggi6. Mohd Isa Bin Dato Abdul Samad – Telok Kemang7. Rais Bin Yatim – Jelebu8. A. Rahim Bin Tamby Chik – Masjid Tanah

AHLI MAJLIS TERTINGGI
1. Noh Bin Omar – Tanjong Karang2. Mohd Zin Bin Hj Mohamed – Sepang3. Musa Bin Hj Aman – Libaran4. Mustapa Bin Mohamed – Jeli5. Abdul Ghani Bin Othman – Ledang6. Ismail Sabri Bin Yaakob – Bera7. Zainal Abidin Bin Osman – Nibong Tebal8. Azian Bin Osman – Ipoh Timur9. Tajuddin Bin Abd Rahman – Pasir Salak10. Adnan Bin Yaakob – Bentong11. Azalina Binti Othman – Pengerang12. Abd. Latiff Bin Ahmad – Mersing13. Mohamad Bin Hj Hassan – Rembau14. Sharil @ Shahrir Bin Ab Samad – Johor Bahru15. Mahdzir Bin Khalid – Padang Terap16. Ahmad Husni Bin Mohd Hanadzlah - Tambun17. Hamzah Bin Zainudin – Larut18. Ahd Shabery Bin Cheek – Kemaman19. Mohd Puad Bin Zarkashi – Batu Pahat20. Noraini Binti Ahmad – Parit Sulong21. Zulhasnan Bin Rafique – Setiawangsa22. Awang Adek Bin Hussin – Bachok23. Mohamad Norza Bin Zakaria – Wangsa Maju24. Mohd Johari Bin Baharum – Kubang Pasu25. Shahidan Bin Kassim – Arau26. Idris Bin Haron – Tangga Batu27. Lajim Bin Ukim – Beaufort28. Shaziman Bin Abu Mansor – Tampin29. Saifuddin Bin Abdulllah – Temerloh30. Idris Bin Haji Jusoh – Besut31. Syed Ali Bin Abbas Alhabshee – Cheras32. Md. Isa Bin Sabu – Kangar33. Mokhtar Bin Radin – Kinabatangan34. Hilmi Bin Haji Yahaya – Balik Pulau35. Abdul Azeez Bin Abdul Rahim – Baling36. Norraesah Binti Mohamad – Balik Pulau37. Hasan Bin Malek – Kuala Pilah38. Jamaludin Bin Dato Mohd Jarjis – Rompin39. Raja Ropiaah Binti Raja Abdullah – Petaling Jaya Utara40. Abdul Rahman Bin Bakar – Marang41. Halimah Binti Mohamed Sadique – Tenggara42. Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar - Larut43. Mohammed Radzi @ Mohd Radzi Bin Manan – Kampar44. Ishak Bin Ismail – Seremban45. Astaman Bin Abdul Aziz – Wangsa Maju46. Siti Zaharah Binti Sulaiman – Paya Besar47. Abdullah Bin Md Zin – Besut48. Zahidi Bin Zainul Abidin – Padang Besar49. Azhar Bin Ibrahim – Kepala Batas50. Azimi Bin Daim – Kulim–Bandar Baharu51. Sazmi Bin Miah – Machang52. Mohamed Jin Bin Samsudin – Bukit Gantang

Berikut senarai calon yang sah bertanding bagi jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia:

PENGERUSI TETAP WANITA
1. YBhg Tan Sri Dato’ Hajah Napsiah Binti Omar – Kuala Pilah(Calon tunggal)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP WANITA
1. YBhg Datuk Sharifah Aminah Binti Syed Ahmad – Lembah Pantai2. YB Senator Dato’ Hajah Saripah Aminahbi Binti Syed Mohd – Jelutong3. Rohani Binti Abu Hassan – Tanah Merah4. Rosdianah Binti Md Nor @ Nunong – Tawau

KETUA WANITA
1. YB Tan Sri Rafidah Binti Aziz – Kuala Kangsar2. YBhg Dato’ Seri Shahrizhat Binti Abdul Jalil – Kepong

NAIB KETUA WANITA
1. YBhg Dato’ Hajah Kamilia Binti Dato’ Ibrahim – Kuala Kangsar(Calon tunggal)

AHLI JAWATANKUASA WANITA
1. YBhg Datuk Hajah Mastika Junaidah Binti Husin – Arau2. YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique – Tenggara3. YBhg Datuk Hajah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin – Kubang Kerian4. YB Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan – Rompin5. YBhg Datuk Hajah Melati Binti Ali – Pekan6. Hajah Hasnah Binti Salam – Alor Gajah7. YB Datuk Hajah Azizah Binti Datuk SP Haji Mohd Dun – Beaufort8. YB Senator Datuk Armani Binti Hj Mahiruddin – Libaran9. YBhg Dato’ Hajah Rosni Binti Haji Zahari – Maran10. YB Sen Datin Paduka Datuk Norhayati Binti Onn – Klang11. YBhg Dato’ Norhayati Binti Omar – Kuala Pilah12. YB Latipah Binti Omar – Masjid Tanah13. Puan Azihani Binti Dato’ Ali – Kangar14. YBhg Datin Paduka Hajah Seripah Noli Binti Syed Hussin – Kelana Jaya15. YBhg Dato’ Hajah Khamsiyah Binti Yeop – Lenggong16. YB Dato’ Hajah Jahara Binti Hamid – Tasek Gelugor17. Datuk Hajah Maznah Binti Abd Hamid – Jerlun18. Hajah Noriah Binti Mahat – Pagoh19. Norliza Binti Abdul Rahim – Bukit Gelugor20. Salmah Binti Pin – Bandar Tun Razak21. YB Sen Hajah Sharifah Azizah Binti Syed Zain – Kluang22. YB Dato’ Siti Salmah Binti Mat Jusak – Padang Rengas23. Marlia Binti Abd Latiff – Padang Serai24. YB Senator Hajah Wan Hazani Binti Haji Wan Mohd Nor – Gua Musang25. Rosni Binti Sohar – Hulu Selangor26. YB Dato’ Hjh Rusnah Binti Kassim – Tanjong Malim27. Jamelah Binti A Bakar – Batu Kawan28. YBhg Datuk Dayang Mahani Binti Tun Pg Ahmad Raffae – Sipitang29. Che Arpah Binti Ariffin – Padang Terap30. YBhg Datin Paduka Hajah Mesrah Binti Selamat – Kuala Selangor31. Haliza Binti Abdullah – Batu Pahat32. YB Hamidah Binti Hj Osman – Gopeng33. Robia Binti Kosai – Muar34. YB Suraya Binti Yaacob – Pendang35. Munaliza Binti Hamzah – Petaling Jaya Selatan36. Jumabi Binti Mohamad – Bagan37. Ros Suryati Binti Alang – Bayan Baru38. Mas Normah Binti Mas Junid – Bukit Bintang39. Datuk Amisah Binti Yassin – Ranau40. Mariany Binti Mohammad Yit – Bukit Bintang41. Dr Rozaidah Binti Talib - Ampang42. Hjh Fatimah Binti Hamat – Hulu Terengganu43. YBhg Datin Dr Hajah Nik Azizah Binti Hj Nik Yahya – Kota Bharu44. YB Puan Hjh Zainab Binti Nasir – Tampin45. Norliza Binti Hj Ahmad – Kapar46. YBhg Dato’ Hjh Ainon Khariyah Binti Dato’ Mohd Abas – Pasir Salak47. Madihah Binti Ab Aziz – Kota Bharu48. Puan Sri Sa’adah Binti Abd Samad – Bandar Tun Razak49. Nora’shekin Binti Yusof – Batu50. YB Senator Dato’ Dr Hjh Mashitah Binti Ibrahim – Baling

Berikut senarai calon yang sah bertanding bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia:

PENGERUSI TETAP PEMUDA
1. Abdul Fattah Bin Abdullah - Cameron Highlands2. Rami Bin Simbok - Puchong

TIMBALAN PENGERUSI TETAP PEMUDA
1. Muhammad Yadzan Bin Mohammad - Tanjong Malim2. Osman Bin Ahmed - Sipitang3. Kamarudin Bin Hj Hassan - Segambut4. Jaigani Bin Jaafar - Sembrong5. Syed Azmi Ahmad Bin Syed Nazir Ahmad - Tanjong6. Mohamad Radhi Bin Abdullah - Kelana Jaya

KETUA PEMUDA
1. Mukhriz Bin Mahathir - Kubang Pasu2. Mohamad Khir Bin Toyo - Sungai Besar3. Khairy Jamaluddin Abu Bakar - Rembau

NAIB KETUA PEMUDA
1. Razali Bin Ibrahim - Muar2. Reezal Merican Bin Naina Merican - Kepala Batas

AHLI JAWATANKUASA PEMUDA
1. Mohd Anis Hisham Bin Abd Aziz - Kuala Selangor2. Rosli Bin Hasan - Bukit Katil3. Zakaria Bin Dullah - Simpang Renggam4. Mohamed Suffian Bin Awang - Kuantan5. Norizan Bin Ali - Kepong6. Tengku Azman Bin Tengku Zainol Abidin - Bukit Bintang7. Mohd Afandi Bin Yusoff - Rantau Panjang8. Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak - Jerantut9. Muhammad Khairun Bin Aseh - Putrajaya10. Marzuki Bin Yahya - Bagan11. Mohamed Hazali Bin Abu Hassan - Kuala Selangor12. Mohd Gasing Bin Saling - Kalabakan13. Ahmad Zaki Bin Zahid - Putrajaya14. Sohaimi Bin Shahadan - Selayang15. Mohd Najib Bin Mohd Isa - Telok Kemang16. Zubir Bin Zabidi - Alor Star17. Anuar Bin Safian - Kubang Kerian18. Mohamad Iruan Bin Zulkefli - Lenggong19. Nixon Bin Abdul Habi - Semporna20. Mohd Hisamudin Bin Yahaya - Putrajaya21. Azizul Nizam Bin Bidin - Merbok22. Norman Bin Zahalan - Bayan Baru23. Syahrin Bin Md Jamaludin - Tebrau24. Aziaan Bin Ariffin - Balik Pulau25. Lokman Noor Bin Adam - Shah Alam26. Mohamad Sazali Bin Kamilan - Lembah Pantai27. Saiful Ismail Bin Saaya - Kuala Kangsar28. Ahmad Bin Darus -Kepala Batas29. Khalid Bin Mohamed - Johor Bahru30. Novandri Bin Hasan Basri - Bukit Gelugor31. Nadziruddin Bin Mohamed Bandi - Telok Intan32. Ung Md Salleh Bin Ung Abd Jamal - Serdang33. Ali Mazat Bin Salleh - Kulai34. Megat Zulkarnain Bin Omardin - Gombak35. Zainuri Bin Zainal - Klang36. Akhramsyah Muammar Ubaidah Bin Sanusi - Langkawi37. Asri Bin Abdul Rahman - Selayang38. Ahmad Izany Bin Mohd Nor - Seremban39. Lob Mahadir Bin Abdul Shukur - Shah Alam40. Ahmad Suhairi Bin Ahmad Hariri - Shah Alam41. Faizal Bin Tajuddin - Pasir Salak42. Mohasdjone @ Mohd Johari Bin Mohamad - Besut43. Fakhrul Zafran Bin Absl Kamarul Azman - Gelang Patah44. Mohd Anuar Bin Mohammad Nor - Marang45. Mohd Fairuz Bin Mohd Sakirin - Klang46. Mohd Husaimi Bin Hussin - Besut47. Tun Faisal Ismail Bin Aziz - Putrajaya48. Mohd Azmi Bin Hamzah - Kota Raja49. Mohamad Nazim Bin A Samad - Kota Melaka50. Mohd Zamri Bin Mohd Idrus - Pasir Gudang51. Nazir Hussin Bin Akhtar Hussin - Titiwangsa52. Shafiqurrahman bin Haji Shamsuddin – Kuala Kedah53. Hamunir Bin Hamzah - Kangar54. Mohd Faiz Bin Mohd Raih - Setiawangsa55. Zamri Bin Zainol Abidin - Pokok Sena56. Mohd Amin Bin Hamidon @ Hampon - Pengerang57. Jasni Bin Shafie - Padang Terap58. Nor Hazaimi Bin Hamzah - Bukit Bendera59. Bahrul Razha Bin Chuprat - Kota Kinabalu60. Jamawi Bin Jaafar - Tenom61. Mohd Zaidi Bin Ilamdin - Kelana Jaya62. Shamsudin Bin Md Saad - Jerlun63. Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii - Seputeh64. Mohd Johari Bin Abu Bakar - Hulu Terengganu65. Kamarol Bin Salleh - Pokok Sena

Berikut senarai calon yang sah bertanding bagi jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia:

PENGERUSI TETAP PUTERI
1. Roslinda Binti Abd Rahman – Rasah2. Azlieza Binti Azizan – Tangga Batu

TIMBALAN PENGERUSI TETAP PUTERI
1. Hasspalela Binti Mohammed Hassan – Kulai2. Zakiah Binti Kalipunya – Semporna3. Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak

KETUA PUTERI
1. Shahaniza Binti Shamsuddin – Maran2. Rosnah Binti Hj Abd Rashid Shirlin – Papar3. Ismalina Binti Ismail – Wangsa Maju4. Bibi Sharliza Binti Mohd Khalid – Rembau5. Ida Rahayu Binti Md Noor – Petaling Jaya Utara6. Saarah Binti Ali Bashah - Seputeh

NAIB KETUA PUTERI
1. Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi – Lembah Pantai2. Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani3. Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak4. Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu5. Haslinda Binti Mohd Zerain - Ampang

AHLI JAWATANKUASA PUTERI
1. Mas Ermieyati Binti Samsudin – Masjid Tanah2. Idamoerni Binti Zakaria – Bukit Gelugor3. Fahariyah Binti Md Nordin – Ledang4. Nor Azita Binti Abdul Rahman – Pekan5. Norhamizah Binti Mat Tahir – Selayang6. Norashikin Binti Abdul Rahman – Rasah7. Azlinda Binti Zubir @ Zubin – Bukit Katil8. Rina Binti Mohd Harun – Sepang9. Inahwyati Binti Jaini – Tenom10. Huzry Fionnawatty Binti Hussein - Segambut11. Wan Salwati Binti Abdullah - Seremban12. Isfarina Binti Mohd Bali – Ipoh Barat13. Anita Binti Murad – Tenggara14. Dg Maimunah Binti Sidek – Sipitang15. Roselinda Binti Abd Jamil – Klang16. Faraha Binti Ismail – Mersing17. Nordiana Binti Shafie – Kuala Terengganu18. Azliza Binti Ahmad – Seputeh19. Rohaiza Binti Yang Yussof – Kuala Kangsar20. Fatimah @ Nik Fatimah Binti Haji Nik Salleh – Tumpat21. Azana Rita Binti Abdul Aziz – Tambun22. Nik Nora Hiryani Binti Nik Mohamed Yusoff – Gua Musang23. Jamilah Hanim Binti Othman – Petaling Jaya Selatan24. Azifah Binti Abdul Rahman – Pokok Sena25. Shahanim Binti Mohamad Yusoff – Sungai Petani26. Wan Noor Dizamdila Binti Wan Mustapa – Arau27. Wan Norashikin Binti Wan Noordin – Pasir Salak28. Hamizah Binti Abdollah Zawawi - Putrajaya29. Hartini Binti Abdul Rahman – Jerantut30. Zauyah Binti Zainuddin – Bandar Tun Razak31. Zurina Binti Abd Rahman – Hulu Terengganu32. Ellyana Binti Mohd Muslim Tan – Padang Besar33. Nashua Binti Fauzun – Segambut34. Norsabrina Binti Mohd Noor – Kulim-Bandar Baharu35. Zahida Binti Zarik Khan - Pandan36. Asmaiza Binti Ahmad – Padang Besar37. Hamidah Binti Mohd. Jaffar – Putatan38. Emm Roosehaziram Binti Mohd Rahim – Pengkalan Chepa39. Noor Marry Binti Abdul Karim – Jelebu40. Herni Azura Binti Ghafar – Subang41. Jamilah Binti Awang – Nibong Tebal42. Hasrunizah Binti Hassan – Pontian43. Siti Fatimah Binti Amir - Setiawangsa44. Seriwani Binti Sabtu - Setiawangsa45. Rita Syarinda Binti Manaf Najid – Dungun46. Noor Hayati Fitrah Binti Shahril – Bayan Baru47. Wan Zawiyah Binti Wan Halim – Kubang Pasu48. Rosmarynda Binti Mohamad Rasidi – Bandar Tun Razak49. Azlinda Binti Alis – Kubang Kerian50. Nur Fazlim Binti M Mohamed Kunju – Kemaman51. Norhasmimi Binti Abdul Ghani – Kuala Krau52. Julie Binti Sabran – Beluran53. Masmira Binti Mohd Salleh – Bukit Bintang-

UMNO ONLINE

Monday, November 10, 2008

Sg Petani: Pemerhati buat laporan polis

Sg Petani: Pemerhati buat laporan polis
Abdul Rahim Sabri | Nov 9, 08 2:41pm
Satu laporan polis telah dibuat kerana mendakwa berlaku unsur-unsur penipuan dalam pemilihan ketua bahagian Umno Sungai Petani semalam.

Laporan itu dibuat oleh seorang pemerhati mesyuarat tersebut, Salim Hashim, di ibu pejabat polis Kuala Muda, tengah malam tadi.

Dalam laporannya, Salim mendakwa berlaku unsur-unsur dalam pengiraan undi bagi jawatan ketua bahagian.

Pertandingan merebut jawatan ketua bahagian itu membabitkan dua calon - Datuk Azizan Abdul Rahman dan Ali Yahya.

Azizan adalah ketua Umno cawangan Pekan Tikam Batu manakala Ali adalah bekas setiausaha politik bekas menteri besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid.

Selepas pengiraan dilakukan, pengerusi tetap mesyuarat tersebut, Abdullah Saad mengumumkan Ali sebagai pemenang.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Salim berkata mengesahkan beliau telah membuat laporan polis tersebut malam tadi.

Katanya, beliau membuat laporan polis kerana mengesyaki berlaku penipuan dalam proses pengiraan undi.

Ekoran itu, kata Salim, beliau telah memberi keterangan selama hampir empat jam di balai tersebut.

Umno Seremban gaduh: MB sifatkan kenyataan Tengku Adnan tidak adil



Umno Seremban gaduh: MB sifatkan kenyataan Tengku Adnan tidak adil
SEREMBAN: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung, Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Badan Perhubungan Umno negeri dan Umno Bahagian Seremban saling tidak mempercayai antara satu sama lain, sebagai tidak adil.


"Saya tidak pernah ada masalah dengan bahagian Seremban. Saya menjalankan tugas selaku Pengerusi Badan Perhubungan negeri dan saya tahu tugas yang perlu dijalankan.


"Jadi, saya anggap ia satu kenyataan peribadi dan beliau (Tengku Adnan) tidak sepatutnya membuat kenyataan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Surat Hak Milik Projek Rumah Awam Kos Rendah (PAKR) Panchor 1, Panchor 2 dan Sikamat 2A di Balai Raya Rumah Rakyat Panchor, dekat sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Tengku Adnan bahawa Ibu Pejabat Umno akan menghantar satu pasukan bagi mengendalikan mesyuarat Umno Bahagian Seremban yang ditangguhkan akibat insiden pergaduhan semalam selepas mendapati Badan Perhubungan Umno Negeri dan Umno bahagian itu saling tidak mempercayai satu sama lain.


Mesyuarat bahagian itu yang berlangsung di Kelab Golf Tuanku Ja'afar, dekat sini terpaksa ditangguhkan selepas berlaku pergaduhan dan kekecohan yang menyaksikan dua perwakilan cedera dipercayai terkena kerusi yang dibaling.


Kekecohan bermula kirakira pukul 10.30 pagi sebaik Ketua Umno bahagian itu, Datuk Ishak Ismail selesai berucap apabila Ketua Umno Cawangan Sikamat, Datuk Md Yusof Harmain Shah bangun memohon penjelasan sama ada mesyuarat itu wajar diteruskan berikutan kekeliruan berhubung status beberapa cawangan. BERNAMA

Tuesday, October 21, 2008

Penyakit Rebut Taik Merebak Ke Sabah

Coup in Batu Sapi



WINNER OR NOT ..... Samsudin Yahya addressing the Batu Sapi delegates on Saturday.


20th October, 2008
KOTA KINABALU: Datuk Samsuddin Yahya, a contender for the Batu Sapi Umno division chief post pulled off a “coup” by bulldozing the division’s annual meeting without the division’s chief or even its secretary present.

However, the Sekong assemblyman’s bid is likely to fail as all pointers show that he had acted on his own and did not follow the meeting rules in “toppling” division chief, Datuk Juhar Mahiruddin.

Juhar, the state Speaker, said that the meeting held at the Sandakan community hall on Saturday was invalid as he had used his power as division chief to postpone the meeting as both the Batu Sapi Youth and Wanita wings had technical problems over their meetings.

“I wanted to let them (Youth and Wanita) sort their problems and join the main division meetings,” he said, adding that they were scheduling the meeting for the first week of November.

Following the “questionable meeting” by his deputy, Juhar said he had sent out a notice to Sabah Umno secretariat to check on the validity of the meeting conducted by Samsuddin.

“I believe it is an illegal meeting as they did not follow the procedures of meeting including tabling the secretary’s report,” he added.

Juhar, who is a cousin of Samsudin, said; “I don’t know why my brother is in such a hurry, he can’t wait is it? He is acting like President Mugabe of Zimbawe.”

Samsudin could not be reached for comments while state Umno secretariat officials said the matter was under investigation and admitted that there were a lot of questions over the validity of the meeting. In the controversial meeting.

Samsudin secured 234 votes to win the contest while Juhar only garnered 12 votes at the community centre here. There were 27 spoilt votes in the contest.

Two hundred and ninety out of the 465 delegates attended the meeting. But Juhar was absent along with the division secretary.

The meeting went ahead despite an announcement of its postponement by Juhar several days earlier.

Ariffin Asgali polled 196 votes to win the deputy chairman post formerly held by Datuk Samsudin.

Two other candidates Hajihil Nagier and Haji Faisal Datuk Ampong could only obtain 40 and 12 votes respectively.

The vice chairman’s post was won by Sahak Noh after he managed to secure 116 votes while his challengers Haji Mohd Rizuan got 56 votes and Abdul Rahman Bun 16 votes.

The division nominated Deputy Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak for the UMNO presidency, Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin for the deputy president’s post.

For vice president, the division nominated Education Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Shafie Apdal , Higher Education Minister Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin.

The delegates also gave their backing to Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman, Kimanis Member of Parliament Datuk Anifah Haji Aman, State Tourism, Culture and Environment Minister Datuk Masidi Manjun, Kinabatangan Member of Parliament Datuk Bung Moktar Radin and deputy Transport Minister Datuk Lajim Ukin for the supreme council seats.

Wednesday, October 8, 2008

Perjuangan Rebut Taik Semakin Hebat

Perebutan 'luar biasa' jawatan tinggi Umno
Muda Mohd Noor | Oct 8, 08 12:27pm
Pergerakan Pemuda Umno Johor menganggap pemilihan pucuk pimpinan Mac depan sebagai sesuatu yang unik kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah pemilihan parti itu.

"Sukar untuk saya mengulas perkara tersebut tetapi saya berharap ianya membawa kebaikan kepada parti," kata Ketua Pemuda Umno Johor, Razali Ibrahim.

Menurutnya, dalam pemlihan kali ini, begitu ramai pemimpin yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan utama Umno.

Malah, katanya, yang lebih menarik lagi, ada kalangan pemimpin yang tidak disangka akan bertanding, turut tampil menawarkan diri.

Beliau tidak mahu menyebut nama-nama pemimpin yang dimaksudnya itu kerana tidak mahu menjejaskan peluang mereka nanti.

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya mereka pasti tahu peranan masing-masing untuk menjadikan Umno lebih baik.

Manakala timbalan ketua perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Kamaruddin Ambok turut mengulas mengenai minat ramai pemimpin Umno untuk bertanding kali ini.

Mesti ukur kewibawaan

"Dahulu, ketika Datuk Najib Razak mengumumkan bertanding timbalan presiden Umno, tiada seorangpun yang mahu bertanding.

"Tetapi sebaliknya, kali ini mereka berlumba-lumba mahu bertanding," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Masa kempen yang panjang juga satu masalah kerana calon akan berkempen habis-habisan untuk mendapatkan sokongan," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyuarakan kebimbangannya kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku, termasuk perpecahan dalam parti.

Katanya, apa gunanya memegang jawatan tinggi tetapi mereka tidak boleh menyatukan Umno dan orang Melayu.

Beliau berkata, pemimpin yang mahu bertanding sepatutnya mengukur kewibawaan masing-masing sama ada layak atau tidak untuk bertanding.

Sementara itu, timbalan ketua bahagian Umno Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan Ketua bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed bertanding, menggambarkan Umno kini dalam keadaan kritikal.

Ramai tawar diri

Beliau yang juga ketua penerangan Umno Perlis berkata, penyakit Umno telah mencapai tahap yang cukup kronik.

"Sekarang ada orang yang menganggap mereka tidak perlu lagi mengambil kira dan memberi perhatian terhadap kepimpinan Umno," katanya.

Menurutnya, ini dapat dilihat apabila orang yang tidak mempunyai jawatan yang sepatutnya dalam parti, turut menawarkan bertanding jawatan utama Umno.

Menjelang mesyuarat bahagian-bahagian Umno yang dijadual bermula esok, semakin ramai pemimpin yang menawarkan diri untuk bertanding.

Ketua Umno bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah awal-awal lagi menawarkan ciri untuk bertanding jawatan presiden. Pada 2004, Ku Li turut menawarkan diri bertanding jawatan tersebut tetapi tidak mendapat pencalonan yang mencukupi.

Calon presiden memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan, timbalan presiden (20% atau 38 pencalonan), naib presiden (10% atau 19 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5% atau 10 pencalonan).

Manakala presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula dijangka mengumumkan hari ini sam ada akan mempertahankan jawatan atau tidak.

Jika Abdullah tidak mempertahankan jawatan, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka bertanding jawatan tersebut.

Muhyiddin tanding timbalan?

Ekoran kekosongan untuk jawatan timbalan presiden, naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan bertanding jawatan jawatan timbalan presiden Umno.

Ini berdasarkan laporan bahawa banyak bahagian Umno yang mahu gandingan Najib dan Muhyiddin menggantikan Abdullah ekoran kekalahan teruk Umno dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa Muhyiddin yang banyak berusaha untuk mempercepatkan tarikh peralihan kuasa dari Abdullah kepada Najib, yang sebelum ini dijadualkan pada 2010.

Bagaimanapun, Muhyiddin sehingga hari ini belum membuat keputusan sama ada bertanding jawatan timbalan presiden atau kekal mempertahankan jawatan naib presiden Umno.

Mengikut laporan, Muhyiddin dan ketua penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan mengumumkan jawatan yang akan ditandinginya selepas Abdullah membuat keputusan.

Namun, tiga pemimpin Umno lain telah mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden jika berlaku kekosongan dalam pemilihan parti kali ini..

Mereka ialah Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Nur Jazlan.

Jawatan naib presiden

Bagi jawatan naib presiden pula, beberapa pemimpin telah menyatakan kesediaan untuk bertanding dan yang terbaru ialah ketua badan perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sebelum ini, bekas naib presiden, Tan Sri Isa Samad; bekas ketua Pemuda, Tan Sri Rahim Thamby Chik; menteri dalam negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohd Khalid Nordin; menteri luar, Datuk Seri Rais Yatim; ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman; timbalan ketua perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan kesediaan mereka bertanding jawatan naib presiden Umno.

Isa merupakan penyandang jawatan naib presiden sebelum digantung selama sepenggal atau tiga tahun kerana terbabit dengan politik wang dalam pemilihan 2004. Dua lagi naib presiden ialah Mohd Ali dan Muhyiddin.

Manakala antara pemimpin terawal yang menawarkan diri untuk bertanding ahli majlis tertinggi (MT) Umno ialah bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.

Yang lain termasuklah ketua Umno bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar, ketua Umno bahagian Hulu Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang, ketua Umno bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan timbalan menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom.

Jawatan ketua Pemuda pula menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan naib ketua sekarang Khairy Jamaluddin; exco Datuk Mukhriz Tun Mahathir; bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan timbalan ketua perhubungan Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Tan Sri Rafidah Aziz dijangka tidak dicabar untuk jawatan ketua Wanita setelah beliau mengumumkan akan menyerahkan jawatan tersebut kepada timbalan ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jun tahun depan.

Bagi jawatan ketua Puteri empat pemimpin - naib ketua, Rosnah Abdul Rashid Shirlin; ketua Puteri Wilayah Persekutuan, Datin Ismalina Ismail; ketua Puteri Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin dan setiausaha pergerakan itu, Bibi Sharliza Mohd Khalid telah menawarkan diri bertanding jawatan itu.


http://www.malaysiakini.com/news/90866

Thursday, September 25, 2008

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac
Jimadie Shah Othman | Sep 26, 08 12:11pm
kemaskini 2:04pm Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember ke Mac tahun depan.

Penundaan ini bertujuan memastikan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.

Presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang peralihan kuasa.


"Apa juga yang diperlukan, peraturan-peraturan, apa yang hendak saya laksanakan nanti, apa juga, akan diputuskan (bersama) antara saya dan (timbalan presiden) Datuk Seri Najib (Razak),” katanya.

Pemilihan pucuk pimpinan Umno sebelum ini dijadualkan pada 16 hingga 21 Disember depan.

Abdullah turut menafikan mendapat tekanan suapaya peralihan kuasa itu disegerakan, sebaliknya perkara itu, menurutnya, “berkaitan dengan kerjanya” sebagai presiden Umno.

“Tidak ada kena mengena dengan semua itu (tekanan). Ia berhubung kait dengan kerja saya. Apabila kerja habis, habislah.”

Perkara itu juga, tambah Abdullah, tidak ditimbulkan dalam mesyuarat tergempar pagi ini.

“Tidak ada apa-apa. Pada hari ini tidak ada langsung (bincang) tentang perkara itu. Mungkin ada dua, tiga orang yang kata begitu. Tetapi tidak ada satu-satu sebab hendak tekan, sebab mereka tahu hubungan saya dengan Najib baik.

“Dalam apa-apa perkara pun, kami mempunyai persefahaman yang baik. Tidak ada masalah patut timbul dalam perkara ini,” katanya.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan Umno bahagian akan diteruskan seperti yang dijadualkan mulai 9 Oktober hingga 9 November depan.

Perkara itu diputuskan kerana perubahan tarikh mesyuarat di peringkat itu “tidak membawa kepada apa-apa kebaikan tambahan” kepada parti, tegas Abdullah.

Keputusan itu disifatkan sebagai “bukan sesuatu yang menyusahkan” bahagian dan telah diterima ahli MT.

Abdullah juga berkata, belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan presiden.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membuat keputusan mengenainya sebelum mesyuarat bahagian bermula bulan depan.

“Apa-apa keputusan saya akan buat sebelum mesyuarat bahagian,” katanya.

“Bertanding atau tidak, (itu) keputusan saya. Kamu boleh terus meneka tetapi keputusannya milik saya.”

Abdullah memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar MT selama sejam di ibu pejabat Umno pagi tadi.


Sebelum itu, Abdullah mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam dengan timbalannya sebelum mesyuarat MT bermula kira-kira jam 11 pagi tadi.

Mesyuarat MT ini merupakan pertemuan kedua pada bulan ini, selepas mesyuarat bulanannya pada 18 September.

Kebiasaannya, mesyuarat MT hari ini juga diadakan pada sebelah petang tetapi kali ini ia diadakan pada sebelah pagi.

Ditanya sama ada beliau akan bercuti, Abdullah menjawab: "Ada banyak kerja nak buat."

Beliau juga tidak berniat meninggalkan Umno dan perkara itu dibuktikan dengan rekodnya bersama parti itu yang "bersih".

“Saya cintakan parti saya. Walaupun pada masa yang sukar saya tidak tinggalkan. Saya tidak pernah menyertai mana-mana parti lain.

"Saya tidak pernah berada atas landasan pembangkang. Tidak ada rekod saya yang menentang parti pun, pada bila-bila masa pun,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan parti itu.

Najib berada di sisi kanan Abdullah sepanjang sidang akhbar tersebut.